selamat datang ke blog saya,bace+like+follow yea sayang..:* muahh

Sunday, January 1, 2012

KISAH IBU YANG MENYAYAT HATI


Ini kisah sedih seorang ibu. 
Takkan ada seseorang lain yang akan dapat menggantikan 
tempat seseorang ibu di dunia ini. 
Ni cerita lama. Aku saje je cerita semula kisah yang sedih ni. 
Sebab seseorang nak tahu cerita ni dengan lebih lanjut. 
Jadi aku letak dalam blog ni.


Cerita ni 
dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan 
akibat kelalaian atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!


Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru 
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, 
buku datang ke sekolah untuk bertanya khabar.
Aku sungguh malu. 
Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya ,
salah seorang rakan darjah berkata, 
“EEEE, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketikaitu aku hanya ingin membenamkan diriku. 
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata,
“Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa,

alangkah baiknya kalau kau mati saja?!!!”
Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti 
dan berfikir akan apayang telah aku katakan kepadanya
kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku langsung tidak peduli akan perasaannya…

Akuingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh

dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku berkahwin. 
Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak.
Aku amat gembiradengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku datang menziarahiku.
Sudah lama dia tidak berjumpa denganku 
dan tidak pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, 
“Sanggup engkau datang ke sini dan menakutkan anakku!
"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Denganpantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” 
dan terus menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan 
untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah memberitahu isteriku
yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah  usang ibuku 
hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku telah meninggal…
Aku tidak menitiskan setitik air mata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke 

Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang
ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun
untuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar.

Kamu mungkin tidak tahu….
Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...
Oleh itu… 
Aku memberi salah satu mataku kepada kamu…
Aku amat berbangga kerana anak lelakiku 
dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…"

…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…


Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Dia memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. 
Selepasitu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu!
p/s semoga cerita di atas memberi iktibar kepada kita semua. 

No comments:

Post a Comment