selamat datang ke blog saya,bace+like+follow yea sayang..:* muahh

Sunday, September 4, 2011

TIPS:kencantikkan

KECANTIKAN WANITA






Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah
kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan
dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya
dengan jemarinya setiap hari.



Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah
berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah
senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan
bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri
dan satu lagi untuk menolong orang lain.



Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir
rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang
menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang
dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.



Santan tidak berbau

Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan  diperah terlebih banyak. Untuk memastikan
ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk,  insya-Allah
santan tidak berbau dan tahan lama



  Susu kilatkan daun hijau

Banyak suri rumah suka menghias rumah dengan pokok berdaun hijau, Untuk  mudah membersihkan habuk daripada
daun hijau juga untuk mengilatkan daun, cubalah cara ini ambil susu cair atau susu tepung yang dilarutkan di dalam air.
Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi.  Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau.

  Petua kempiskan perut

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang
diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...

    Mengatasi kelemumur


Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas  bersama setengah cawan air hingga
mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh  sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau
nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar  sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan
seminggu sekali.






  Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar


Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka  terbakar kerana panas matahari. Untuk
memulihkan kulit wajah, bancuh  sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau  nipis. Sapu
bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut.  Biar kering baru cuci dengan air bersih.


  Tumit Pecah-Pecah


Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa  yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit
garam. Gaulkan kelapa bersama  garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci  terlebih
http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 4 September, 2011, 18:28dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit  dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata.
Kemudian cuci kaki hingga  bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.


  Mata Anak bersinar


Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan  sebiji buah delima yang masak pada
setiap bulan kandungan sehingga  sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.


  Mengelak Bekas Cengkering


Kanak-kanak yang terkena cengkering akan mengalami kegatalan dan  meninggalkan kesan bertompok-tompok di
seluruh badan dan muka. Untuk  mengelakkannya ambil secekak akar daun lalang, bersihkan tanah dan pasir yang
melekat kemudian rebus di dalam periuk besar hingga mendidih. Setelah suam, barulah dibuat mandi seluruhan badan,
lakukan ketika cengkering hampir kering.






  Membunuh Lipas


Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini.1.  Ambil hujung timun atau
pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak


     lipas. Insya-Allah lipas akan mati,


2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.3. Kalau terlalu banyak sangat, bolehlah
sediakan ubi kentang yang direbus


    dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul.Buat seperti      pergedel dan letak di tempat banyak lipas. Lihat
kesannya nanti.


  Mewangikan Rambut


Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh  kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian
barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa  pening &
menyejukkan kepala.






  Kilatkan Cermin Mata


Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau  hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin
mata anda jelas lebih lama.  Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih
atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.






  Jemput-Jemput Menjadi Lembut


Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air  perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm
adunan tersebut. Hasilnya  pasti memuaskan anda.


  Elakkan Kelemumur


Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa
lama yg mungkin & bilas.






  Mencuci Barangan Perak


Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air &  cucikan barang perak anda. Hasilnya barang
perak akan berkilat.


  Segarkan Taugeh


Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan  perahan air limau nipis ke dlm air tempat
anda merendamkan taugeh. Tetapi  pastikan anda menukar airnya setiap hari.


  Limau Nipis Cantikkan Badan


Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga  sebiji air perahan limau nipis. Biarkan
semalaman. Minum setengah gelas  di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.


  Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong


Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis &
kemudian di potong dua. Sapukan  limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan
pemotong akan hilang.






  Hilangkan Bau Kaki


Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis,
http://web.utm.my/wangi - Wanita Teknologi Powered by Mambo Open Source Generated: 4 September, 2011, 18:28potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki  akan hilang.


 Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian


Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit  garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama
air rendaman pakaian &  biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.

tips :kuruskan badan tanpa ubat


" Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.